 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Not just a picture.. It's more about art of life..
By: RazaQQ Ghazali
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 26-Jan-2009 15:33 |
Email | Share | Bookmark |
|
Menerai Zoom L-ens Baru
|
|
tak rancang pun sebenarnya sesi nih.. tapi waktu dukung azra jalan2 kat luar rumah, banyak plak nampak burung2 cantik depan rumah. bagi lah azra kat ummi dia pegang, aku nak ambik gambar burung2 dan binatang lain yang ada... tengok rama2, tengok ayam... rasa macam tak mencabar sangat.. dah slalu nampak... tengok langit, nampak sekawan burung layang2... terai lah ambik. susah nak ambik burung yang terbang tinggi.. tambah pula burung ni kecik ... laju plak dia terbang...
pas tu, cuba plak shot burung kat padang bola. burung ni tengah jln2 cari makan kot... tak leh dekat sgt sbb dia terbang.. waktu dukung azra, banyak sangat spesis burung kat luar rumah, sekali pegang kamera, hilang habih... hadei laa...
last2 nampak plak pepatung nih.. main kat rumput.. aku shot jugak.. apapun, sesi nih dikira sebagai sesi belajar sesorang. tak dak guru nak ajaq.. dengan keadaan, tempat, dan subjek yang teramat terhad. kecik, sensitif dan mmg aku tak pandai ambik ganbar2 binatang.. ini lah yang dapat aku shot untuk entry pertama menggunakan lens baru nih.. benda yang dalam perancangan dengan lens ni semua kat sabah... kat sana nnt aku nak cuba zahirkan apa yang aku rancangkan sebelum memiliki lens ni. aku nak jadikan apa yang aku fantasikan suatu kenyataan. ya lah, sewaktu tak dak lens tele nih, aku slalu dok kata 'kalau aku ada lens 100-400mm, aku nak....' skarang dah ada... kena lah buat dan buktikan.. tunggu masa dan keadaan yang sesuai... yang pastinya, aku tak shot lah orang utan dengan lens ni.. hehehe....
sepanjang penggunaan aku pada petang ni, pada aku, lens ni (Canon EF 100-400mm f/4.5-5.6L USM) agak berat; membantu menstabilkan focus yang jauh walaupun agak meletihkan. Keduanya.. pada focal length melebihi 350mm, focos menjadi kurang sharp dan agak lambat. apapun, aku semakin menyukai kemampuannya...
petang tadi ada berlakunya satu fenomena gerhana matahari. aku pun dah lupa. sebelum ni dok baca paper, tengok berita... tapi hari ni aku mmg terlupa. alhamdulillah, ayah yang ingatan.. dan aku sempat juga merakamkan detin ni dengan pertolongan ayah. shot pertama dengan filter dan shot kedua tanpa filter. segalanya membuktikan kebesaran ALLAH yang berkuasa ke atas segala sesuatu.. سبحانا لله
gambar dengan filter:..
gambar tanpa filter
Aku kongsikan dengan semua apa yang aku dapat walaupun kualiti gambar gerhana ni tak seberapa.. aku tak pernah shot gernaha. kalau ada petua2 tu, cuba2 lah kongsi dengan aku... ada? ada?
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|