|
|
| Wednesday, 12-Dec-2007 10:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tahniah Fuad & Syahira
|
|
Tahniah FUAD. Selamat melangsungkan perkahwinan 8 Disember lepas. Fuad ni kawan sekolah rendah aku dulu2.. hari berlangsungnya majlis, aku lah yang dipertanggungjawabkan sebagai fotografer.. hehe..
Fuad la ni bekerja sebagai guru kat kl..
Best jugak wedding fotografer ni… biasa lah.. baru nak menceburi bidang ni. Apapun kalau ada peluang nak tag along dengan sape2.. aku p lah. Tips dari otai2 ni banyak membuka minda dan mengasah bakat..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 10:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tahniah Ali aka ALI GEMUK
|
|
|
 |
|
ALI & AISYAH
|
|
|
TAHNIAH kepada kawan seperjuangan aku.. ALI KARIMI DAHLAN yang telahpun menamatkan status bujangnya pada 25november 2007. Kenduri kat perlis aku sempat lah pi ambik gambar sikit2 dengan bro jery.. banyak lah yang aku belajar dengan jery tentang ambik gambaR wedding ni.. apapun, terima kasih azzaharry!!
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ALI DAN AISYAH
SEMOGA KEKAL HINGGA KE SYORGA!!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Nov-2007 15:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bulan madu ULANGTAHUN PERTAMA PERKAHWINAN
|
|
18 november 2007.. Sedar tak sedar, dah setahun pun aku kawen.. cepat sungguh masa berlalu. Aku bawa isteri kesayangan ke sabah. Tempat aku mencari rezeki.. dah 3 tahun pun aku kat sabah.. 18 november, isteri aku sampai di kota kinabalu.. dari kota kinabalu kami naik bas ke Sandakan.. jarak kk Sandakan lebih kurang 315km, perjalanan mengambil masa 6 jam. Ya lah, jalan kat sabah bukannya macam semenanjung.. jalan yang melalui kawasan berbukit.. bagi isteri aku Nampak rupa sabah sikit.. kalau dari kk ke Sandakan naik kapal terbang, tak mencabar lah perjalanan.. dari Sandakan, kami masuk ke kawasan pendalaman; tpt aku mengajar- KUALA SUAN LAMBA, KINABATANGAN. Merasa lah naik bot rentas laut.. tengok ikan lumba2, orang utan, monyet belanda.. kat tepi pantai ni, banyak sangat helang.. sayangnya tak dak tele lens.. guna yang ada saja lah..
Untuk kawan2 yang akan melangsungkan perkahwinan, kami ucapkan selamat pengantin baru.. aku kongsi gambar waktu kami tengok matahari jatuh kat Sandakan dan yang sempat aku select untuk entry kali ni..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Nov-2007 14:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CUTI SEKOLAH KEMBALI MENJELMA
|
|
Sedar tak sedar, sesi persekolahan 2007 sudah pun berakhir. Sepanjang sesi 2007, bermacam pengalaman aku lalui.. pahit manis sebagai pendidik.. apapun, setiap pengalaman akan ku jadikan sebagai panduan.. yang baik dijadikan panduan, buruk sebagai sempadan.
Bulan terakhir ni, skolah aku buat bnyk aktiviti jugak. ada acara sukaneka, hari anugerah cemerlang, jamuan murid dan guru.. macam2 lagi lah.. sibuk betul aku.. bukan aku sorang.. semua guru2 kat Malaysia pun sibuk di akhir2 sesi persekolahan.. banyak yang nak dikemaskinikan..
waktu sukaneka, meriah jugak suasana. ada pertandingan khemah rumah sukan tercantik.. yang ni ibubapa pun ambil bahagian sekali untuk mencantikkan khemah rumah sukan anak2 meraka...
Aku sempat juga lah ambik beberapa shot dalam sibuk2 ni.. ya lah, kenangan.. tak banyak lagi gambar yang aku sempat select dan edit dalam tempoh ni.. tapi, ada lah sikit yang aku nak kongsi dan nak kawan2 komen.. baik buruk aku terima. Yang penting- membina. terima kasih atas komen2 anda. aku edit pun tiru idea orang.. guna idea orang sebelum dapat cipta identiti sendiri.. gambar2 budak di minggu akhir persekolahan. tak sabar nak balik bercuti di semenajung..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Nov-2007 12:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KE SEKOLAH..
|
|
 |
|
Ke Sekolah
|
|
|
Huh… lama jugak rasanya tak upload gambaq dlm fotopages nih.. biasa lah, opis kat pendalaman.. masalah nak kluaq ke Bandar Sandakan yang menambahkan ke-tension-an aku di pendalaman ni.. hujan lebat- jalan pun teruk lah.. pulak tu, pengangkutan utama ke Sandakan- bot, juga terpaksa dihentikan sebab penguatkuasaan undang2 marin yang ketat. Pengusaha bot tambang ke Sandakan tidak boleh membawa penumpang lebih dari 12 orang dalam satu2 masa.. Mana boleh!!! Populasi tempat aku tu lebih dari 2000 orang penduduk; walaupun jauh di pendalaman. Kalaupun bot jalan , tambang 3x ganda tambang asal.. biasa lah, nak tampung kos modal minyak.. minyak sekarang ni mahal.. kesian tengok orang2 yang kurang berkemampuan ni.. nak keluar cari keperluan di Bandar Sandakan pun susah.. sakit demam pun tak boleh keluar cari OBAT.. tahun depan dengar kata minyak naik harga lagi.. em..
Jalan tanah berselut tebal amat menyukarkan perhubungan dan pergerakan penduduk. Budak2 skolah tempat aku, bukannya naik bas ke skolah, ada yang naik lori pick-up dan ada yang naik lori tanah.. kalau hujan, basah kuyup lah anak murid aku.. termasuk dengan buku teks dan buku tulis.. kesian… budak yang dekat dengan skolah jalan kaki.. memang lah Nampak mudah klu jln kaki.. tapi jln yang macam lumpur dlm bendang, aku pun ‘surrender’ nak jln kaki.. nak ambik gambar pun.. takut aku bawak kamera dgn keadaan jln licin..
Apapun, semangat murid aku ke sekolah tidak kira apa jua keadaan perjalanan amat aku kagumi. Berusaha untuk memajukan diri dan kaum sendiri. Berdayakah mereka? Itulah tanggungjawab aku. Tanggungjawab utk pastikan tunas2 insan ini berada dalam landasan yang betul.. landasan duniawi.. dan landasan ukhrawi..
MURIDKU, GURUMU MENGHARGAI KETABAHAN KALIAN !!!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Oct-2007 11:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti Dah Habih
|
|
Hmmm.. berat jugak nak melangkah balik ke sabah ni kalau ikutkan hati. Ya lah, tinggalkan orang tersayang… kawan2 yang baik.. pemandangan yang menarik, cara hidup yang sudah sebati dengan jiwa. Nak masuk ke tempat dan suasana yang kurang menyenangkan. Ya lah, kat tempat aku bertugas tu, lain sikit lifestyle. Apapun, tugas yang diamanahkan, perlu aku sempurnakan dengan ikhlas, sempurna dan terbaik.
.
… cuti Raya yang bermakna utk razaqq kali ni .. pertama kali ber Aidilfitri dengan isteri tercinta. Raya plak kat rumah mertua.. satu suasana yang lain dari sebelumnya.. jln2 rumah saudara kat perlis. Seronok sungguh.. yang best sekali p rumah ‘wa’ dekat dengan empangan timah tasoh. Memang suasana kampung 100%.. tak banyak sangat lah gambaQ yang buleh tembak sebab hujan.
Terima kasih razaQQ ucapkan kepada rakan2 fotografi atas khidmat anda. Hasil kreativiti anda menjadi sumber idea kepada razaqq..
Susah sebenarnya untuk menghasilkan gambar mentah yang cantik. Nak guna photoshop, RazaQQ tak reti sangat. Xplore sendiri2.. bimbingan rakan banyak membantu..nak edit bagi cantik mata orang lain tengok tu yang susah.. sini aku kongsi 3-4 gambar yang razaQQ rasa ok jugak lah
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Oct-2007 07:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
balik raya dengan adik2 ku..
|
|
Balik dari sabah hari tu, untuk ke kedah, aku terbang dari lcct dengan 2 adik aku yang tak sempat beli tiket bas. Bagi lah depa terbang sekali sekala. Yang sorang tu kerja kat PRICE WATERHOUSE COOPERS, sorang lagi masih menuntut kat UKM Bangi. Lepas ni kalau balik raya, tak leh lah naik air asia. Fuhhh… mencabar betul.. airport sempit, orang ramai.. rimas.. rimas.. aku rimas.. apapun, syukur lah, kami tidak mengalami sebarang kesulitan sepanjang perjalanan
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Oct-2007 07:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aktiviti Bln Posa
|
|
Waktu aku kat dalam pendalaman sabah nih, tak banyak aktiviti yang aku buat. Tak lah sama macammana aku berpuasa kat semenanjung. Malam bertarawih, siang, balik skolah letih2, ajar budak2 mengaji plak. Nasib baik skolah aku ni baru dapat sorang guru jQaf. Nama sia Hisyam. Kalau tak, aku sorang je orang semenanjung. Kalau aku cakap bahasa ibunda aku, dorang ni tak paham sangat. JQaf ni dari kelantan.. dengan cakap kelantannya, lagi orang sabah tak paham. Betapa mencabarnya tugas seorang guru kat pendalaman sabah ni. Dengan pembangunan yang begitu lembab, informasi dan berita semasa terkini yang lambat aku perolehi. Tak hairan lah kalau hari jumaat, kedai jual paper hari rabu & selasa. Awal aku bertugas dulu, line telefon pun tarak.. tapi skarang ni alhamdulillah lah, orang kg pun dah ramai pakai handset.
Ni beberapa gambar yang aku snap waktu hisyam a.k.a guru jQaf skolah aku ajar budak2 mengaji waktu bulan puasa nih..
bawah tu, anak murid aku yang paling nakal.. tak makan saman punya.. berani, cubalah.. hehe
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Oct-2007 12:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
tembakan pertama..
|
 |
|
shutter pertama
|
|
 |
|
shutter ke2
|
|
|
tambakan pertama dan ke2 40d RazaQ, pose pegang dagu!! YeaHH!! ( aku pun tatau sebab apa time ni meletusnya fenomena pose dagu dan hidung kembang nih serentak )
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Oct-2007 05:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senapang Baru Pak Cik
|
|
Alhamdulillah, dengan rezeki yang di berikan, dapat jugak aku beli senapang baru!!! Dengan senapang ni, dapatlah aku berusaha memajukan skill dan kreativiti dlm bidang ni.. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan, terutama kepada isteri tersayang. Kawan2.. ali Gemuk yang sebelum ni banyak me’racun’ aku untuk CANON 40D ni. Nazri, jiji, mazran, omaQ, sarip, normin… nak sebut sorang.. macam nak ucap slamat hari raya lah plak.. Sokongan anda amat Aku hargai sekali.. aku akan upload gambar2 yang aku ambik kat tempat aku bertugas dan mana2 lah yang sempat. Kehidupan aku yang jauh di pendalaman sabah.. Yah!!! Semangat Senapang baru!!!
|
|
|
|