|
|
| Thursday, 30-Oct-2008 05:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Model Shot
|
|
Jumaat lepas, -24 oktober, aku ambil keputusan untuk berehat di Kota Kinabalu selepas letih berkursus di tawau seminggu. Bermalam di rumah normin dengan 2 orang kawan sama dari Sandakan. Azmadi dan Firdaus. Azmadi a.k.a Madi bercuti dengan tujuan untuk memiliki satu system kamera. CANON EOS 40D pilihannya.. alhamdulillah, Madi dapat memiliki system idamannya tanpa perlu ‘racun’ dari aku. Firdaus pula dengan tujuan window shopping… Aku? Hehe… aku dengan tujuan photography sebenarnya…
Alhamdulillah, aku menjadi salah seorang ‘official photographer’ utk sesi catwalk peragaan pakaian pengantin di 1 BORNEO, KK. Dah lama tak shot pengantin. Memang seronok sangat dapat peluang yang sebegini.
Inilah serba sedikit pic yng dapat aku snap dengan 2 lens baru. 50mm F1.4 dan 15mm F2.8. banyak betul lah ilmu sebelum, semasa dan selepas sesi catwalk ni. Peluang pertama shot catwalk. Mencabar lah jugak bagi aku. Bagi yang dah biasa tu lain lah.
Bagi aku, mulanya kena faham perangai model2 ni. Sorang2 ada habbit yang berlainan. 1st slot, tak berapa faham sangat dengan habbit mereka ni, slot yang selebihnya, baru lah jelas apa yang berlainan sangat antara sorang model dengan model yang lain.
Kena ingat juga, shot catwalk ni, kena shot fesyen. Jangan asyik shot model plak. Model dah memang lawa. Tapi, yang nak di highlight tu pada fesyen. Kedudukan kamera mesti tepat pada arasnya ( yang ni aku tau lepas shot). Lighting, best angel dan macam2 lagi. Setiap shot, mesti ada ilmu yang baru aku dapat.
Ahad pagi – 25 oktober, aku dengan Ali ambik keputusan utk buat sesi street shot. Lokasi di KK juga… yang tu nak di masukkan di entry lepas ni.. inshaallah.. kalau ada kelapangan masa…
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Oct-2008 12:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
shot kat sandakan
|
|
entah apa angin aku ptg ni.. tengok matahari elok ... langit biru.. aku tiba2 nak coba silhoutte plak.
aku tak lah pandai sangat bab ni... tapi cuba lah dulu.. kalau2 ada bakat shot benda ni.
lokasi, sandakan, sabah...mmg bila kluaq petang tu, semua benda nak shotsilhoutte... mmg elok sangat matahari nih..
kawan2.. sila lah komen.. kutuk lah klu sakit mata memandang...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Oct-2008 16:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ada orang Makan Apple Adik!!
|
|
baru balik dari kedai MAC tadi. kawan2 aku serbu kedai tu nak tengok MACbook baru. aku pun teruja nampak dlm web. rekabentuk yang aku amat kagumi.seksi bangat!!
ada jugak orang dok pujuk aku suruh jual MacBook Pro aku ni. tapi bagi aku, aku dah seronok pki yang lama ni. aku tak lah nak kejar sangat benda yang latest nih. mmg lah performance mac baru tu dah tahap meleleh ayaq liur buleh sampai dehydration. pehhh... ikut cerita yang aku tau lah. tapi, takat ni tak dak lagi yang 17 inci. skrin luas ni senang buat kerja sikit.
takat boleh tumpang yang kawan2 lah lepas ni. tumpang merasa. kawan aku Azmadi dan Firdaus yang nampak berminat sangat. stok tak sampai lagi kat kedai.
aku dah berpuas hati dengan apa yang aku ada. lagipun trademark utk macbook pro dah berubah laaa dengan model baru ni.... dulu dah berapa generasi dengan rekabentuk yang hampir sama.
bukan nak promosi lah. tapi kawan2 makin berminat pulak. aku boleh bagi khidmat nasihat ja lah. hehehe.... apapun, selamat menggunakan mac baru kepada kawan2 yang akan memiliki.... minggu depan mac baru sampai kat sandakan..
azra pun nak pki MAC ka ?
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Oct-2008 16:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cik Putih!!
|
 |
|
Cik Putih
|
|
|
bukan gambaq anak aku. nama baby ni Nur Khairiah. berusia 6 bln klu tak silap. panggilan manja yang mak dia bagi ialah CIK PUTIH. mak dia suruh mak aku jaga waktu kerja. mmg putih la budak ni. saja aku snap gambaq baby utk tambah koleksi gambaq baby. baby mmg cute. cukup cemburu bila mak aku dukung AZRA HUMAIRA. hehehe... nnt kena buat sesi khas lah utk ambik gambaq azra humaira. snapshot ni mmg tak best. tapi untuk tambah pengalaman dan mengasah kreativiti, aku buat lah.
| Quote: | terima kasih atas keprihatinan kawan2. hehe . terutamanya 'junior'. sebenarnya aku edit bagi naikkan gemerlapan sinaran mata cik putih ni. gambar asal tak lah macam ni. biasa saja. hampir 5 layer jugak lah nak hasilkan. apapun, thanks 4 ur komen!!! |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Oct-2008 16:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sayangi Ibu anda
|
|
Sayangi Ibu Anda…
Untuk kali ni, aku upload beberapa gambaq yang sempat aku ambik sewaktu cuti raya lepas. Tak banyak sangat yang sempat convert ke JPG dari raw. Ini lah antara koleksi gambaq aku.
Seronok sangat raya kali ni. Sebab utamanya adalah kerana azra humaira. Raya pertama Azra sejak dia dilahirkan. Isteri aku letih lagi. Tiap hari letih dengan tugas baru – menjaga azra. Memang kena bnyk bekorban untuk besarkan dia. Tambahan pula sewaktu Azra masih bayi macam ni.
Waktu siang, Azra selalu tak selesa. Sebab cuaca; panas. Memang cuaca sekarang tak menentu. Sebab panas, azra tak selesa tidur. Kalau jaga pun, menangis memanjang. Baby mmg macam ni. Tapi bila dah ada baby sendiri, baru sedar, macammana aku susahkan mak aku sewaktu aku kecil dahulu. Mak aku cakap ‘like father, like son’. Ayah aku senyum ja. Ayah cerita, waktu aku dalam usia azra sekarang ni, tdo mlm guna turn. Bangun pagi, ayah aku yang waktu tu mengajar kat sk bukit merah, perak ke sekolah dengan mata yang merah dan tubuh yang letih sebab kurang rehat waktu mlm… kesiaannnnn…
Sekarang ni, aku pulak yang rasa. Dah sampai waktu untuk aku rasa semua tu. Teruknya… aku dah cakap kat wife, klu azra jaga mlm, gerak aku sekali… sekurangnya, aku boleh sediakan apa yang patut. Bancuh air ka, picit2 pinggang/ bahu/ lengan/ kaki. Lenguh ooooo duduk menyusu baby lama2. Aku dukung tak sampai 15 minit pun dah rasa.. ni tambah lagi lah kalau semalam 3-6 kali azra jaga minta susu. Tu kalau dia menangis sebab lapaq susu. Kalau dia menangis sebab kembung? Alamat, lagi lah lama wife berjaga melayan karenah azra. Tapi wife tak pernah pun kejutkan aku mlm2. Bila saja bangun pagi, aku Tanya, berapa kali azra jaga, wife cakap lah 5, 6, 7 kali. Ya allah…. Kesiannya wife.. tiap hari tak cukup rehat. Siang, waktu azra lena, waktu tu lah wife nak uruskan diri. Mandi, makan, kemas bilik, basuh baju. Lepas satu kerja, azra jaga, Tidur, wife sambung kerja plak, jaga lagi, berenti buat kerja plak. Hai… letihnya. Aku boleh tolong apa yang mampu saja lah. Nak menyusu, aku tak mampu. Hehehe… ya lah, lelaki. Tak dak keistimewaan tu ☺.
Dari situ aku tau, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dalam kehidupan seseorang insan. Bila besar, ada anak2 yang lupakan jasa ibu, ayah. Ibu dan ayah pun tak ungkit pulak. Betapa ikhlasnya pengorbanan mereka. Haaaiiii… tak hairan lah kalau seorang insan tu lebih rapat dengan ibu berbanding bapa.. kebanyakkan lah… ada juga yang lebih rapat dengan ayah berbanding ibu.
Harapan aku untuk azra, semoga menjadi anak yang solehah, taat perintah agama. Settle bab agama, yang lain pun settle.
Ada sekali tu, azra tak nak diam. Nangis tak berenti. Aku ni dah hangin semacam dah. Habih semua aku marah. Aku ni pun satu, wife yang berjaga siang mlm, kurang rehat, letih sampai pening pun boleh sabaq, aku plak yang konon tension anak tak nak diam. Patutnya wife yang tension. Hai.. dugaan sikit ja tu. Memang melatih kesabaran betul lah bila diri bergelar bapa dan suami.
| Quote: | | C-no, aku saja bagi nampak kain tu berlipat dengan bayang dia. aku nak bagi nampak objek tu berpijak di bumi nyata. klu putih semua, nampak macam di awangan lah.. aku dah buat... hehehe |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Oct-2008 08:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam aidil Fitri
|
|
assalamualaikum..
salam aidil fitri buat pengunjung2 RazaQQ.fotopages.com....
dah agak lewat nak masuk entry raya.sibuk sikit.. biasa lah, kali ni beraya dengan ahli keluarga baru: azra humaira. banyak yang nk kena sediakan utk azra.tahun ni aku beraya kat kedah. petang khamis baru b ertolak ke perlis.
jadi dalam kesempatan ni aku nak mohon maaf kepada semua atas salah silap, terkasar bahasa dlm mengomen gambaq hangpa. heheh... dah suruh komen, aku komen lah. antara positive dengan negatif lah. nama pun komen... kan?
kepada anda2 yang menberikan sokongan, terima kasih banyak2. yang mengutuk pun, terima kasih jugak. klu tak kutuk, aku dok perasan best sorang2. sokongan dan kritikan anda semua amatlah aku hargai.
kali ni aku buat mini white room plak utk gambaq raya. tergezut mak ayah bila aku gantung kain putih kat rumah. aku xplain lah yang nak buat white room utk sesi bergambaq. hehehe.. pas tu pakat semangat nak bergambar lah... termasuk azra humaira.. tapi time ni dia banyak lena lah plak.. satu dulu gambaq aku upload. nnt aku upload lagi..
seronoknya raya kali ni... dengan AZRA HUMAIRA.
selamat berhari raya.. selamat kembali bertugas...
maaf zahir batin!!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-Aug-2008 15:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Ramadhan Dari Kami- usia azra humaira 17 hari...
|
 |
|
KAKI ADIK!!
|
|
|
SALAM RAMADHAN untuk semua pelawat2 fp aku (ada ka orang melawat?) huhu.... semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas... banyak ibadah dari yang lepas, banyak amalan kebaikan... banyak segala2nya yang baik dari kita...
hari pertama puasa, aku di sabah. jauh dari isteri dan anak kesayangan.. tak pa, nnt sempat juga lah berpuasa dengan keluarga. memang sedih bila berjauhan. sebelum ni, rindu dan dendam untuk isteri tercinta... kini, hadirnya cahaya mata pertama, rasa lebih tanggungjawab dan ksih sayang yang kena aku curahkan untuk dua insan tersayang ni.. em... terharunya aku..
sebelum ni aku upload gambaq AZRA HUMAIRA dlm keadaan dia terlena.. kali ni aku upload gambaq yang dia tengah beraksi.. hehehe... gambaq ni lah yang jadi pengubat rindu aku jauh di perantauan. aku suka snap gambaq dia waktu dia mandi dan lepas mandi... mood dia ceria sangat waktu tu..
teringat malam sebelum aku berangkat ke sabah... AZRA menangis sangat2... adik2 aku pun puas pujuk... mak ayah aku pun cuba jugak. waktu tu aku tengah makan... dah ramai sangat yang memberikan servis kepada AZRA, aku biar lah.. tak berenti juga tangisan dia... lepas aku makan, aku dukung, terus AZRA diam, dia tenung mata aku dalam2... sedihnya rasa....
apapun, tanggungjawab aku, perlu aku utamakan... inilah serba sikit gambar AZRA yang di snap dengan lens pinjam... 18-55mm f4.5.. aku tak pernah guna lens ni. best jugak, tapi lambat focus... kawan2 letak lah komen sikit... aku ni dok perasan gambaq lawa sendiri ja... hehehe....
puasa!!! jangan tak puasa !!!!
tak banyak aku edit.. tak sempat... dengan letih nya... aku tak pandai sangat nak mengedit nih... kena mintak tunjuk ajar. aku hanya sempat edit sikit2 saja. sayangi keluarga anda!! family first!! klu nak tau, riak wajah ni lah yang aku nampak saat AZRA HUMAIRA mula di lahirkan sebelum tali pusatnya di potong
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Aug-2008 14:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Azra Humaira
|
|
kamera dah dapat balik. rupanya masalah release button. canon dah replace balik dah. nih antara gambaq baby yang aku snap. lama tak snap ni, lain plak rasa. kekurangan idea. lens yang aku order dr shashinki pun belum sampai. shashinki cakap lambat sikit. aku pun ok je sebab tak lah nak guna sangat lagi buat masa sekarang. mesti aku teringat sangat kat AZRA HUMAIRA nanti.
tak bnyk sangat gambaq yang aku sempat snap. yangbaq azra humaira’ dengan mak dia tu aku tangkap depan rumah je... tk leh jln jauh2 org dlm pantang nih... orang tua2 kata... hormatilah orang tua anda!!!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Aug-2008 14:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
wajah yang akan ku rindu...
|
|
hari ni 20 Ogos, 6 hari usia cahaya mata aku dilahirkan... alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
jumaat, 15 Ogos; 1031 malam, cahaya mata pertama; cahaya hidup ku dilahirkan... detik2 yang aku lalui bersama isteri untuk kali pertama. dengan pancaindera yang allah kurniakan, aku saksikan tiap detik yang membuatkan aku berasa terlalu KERDIL sebagai hamba kepada ‘YANG MAHA MENCIPTA’... setiap detik proses kelahiran aku rakamkan dalam ingatan. alhamdulillah, hanya 3 minit lebih sahaja aku & isteri lalui detik2 kelahiran cahaya mata pertama kami.. perempuan. 2.6kg. sebaik sahaja selamat dilahirkan, doktor terus iqamah dengan kuat... alhamdulillah... doktor yang baik... berikan kalimah pertama yang baik untuk anak aku terima. selepas di bersihkan, doktor minta aku pulak azan dan iqamahkan.... kiri dan kanan...
kemarin 19 Ogos, cahaya mata yang ku namakan AZRA HUMAIRA’ dimasukkan ke wad hospital Jitra. kena kuning pulak... sedihnya.. sebab kena tahan...
tak berapa hari lagi, aku kena balik ke Sabah seorang meninggalkan isteri dan anak aku yang tersayang. dok terbayang... macammana lah nak hadapi hari2 berseorangan. CUMA pun tak habih pantang lagi... AZRA HUMAIRA’ pun kecik lagi. dugaan betui untuk aku. aku kena tabah... kuatkan semangat. aku cuba lah isi borang perpindahan guru antara negeri yang dibuka 1-30 september nanti.
ini antara gambar2 yang sempat aku snap dengan iPhone aku.. yang aku upload, semua gambar waktu AZRA HUMAIRA’ tidur... waktu dia jaga, aku tak teringat nak snap sbb aku rasa begitu terhibur dengan keletahnya.. anak aku, mmglah aku kata comel.. senyuman AZRA HUMAIRA’ cukup untuk aku menitiskan airmata... betapa sempurnanya ciptaan dan kurniaan ALLAH ini untuk ku.. kurniaan pertama yang aku terima..
kepada ALLAH, aku berdoa semoga ENGKAU kuatkan semangat ku untuk menjalankan amanah sebagai pendidik generasi nun jauh dari pandangan isteri dan AZRA HUMAIRA’
kepada ALLAH, aku teramat berterima kasih dan bersyukur atas kurniaan MU...
kepada isteri, aku selalu doakan moga ALLAH kuatkan semangat selama kita berjauhan.
kepada kawan2 yang bakal menjadi ayah @ ibu, aku doakan semoga semuanya mudah untuk kalian hadapi
yang tak kawen lagi, mudah2 an dipercepatkan jodoh.. amin.....
sempurna- gita gutawa
kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan selalu memujamu
di setiap langkah ku
ku kan selalu memikirkan.. dirimu
tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cinta mu
janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa...
kau adalah darahku
kau adalah jantungku....
kau adalah hidupku..
lengkapi diriku....
oh sayang ku
kau begitu sempurna...
kau genggam tanganku
saat diri ku lemah dan terjatuh
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Jul-2008 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pizza Ver. Komik!!
|
|
Saja2 boring...
kamera hantar servis... aku saja2 lah main 'COMIC LIFE' ni..
hehe.. saja2 testing... ingat nnt dlm album costume made pun nak letakkan unsur macam nih jugak lah.. hahaha... ada masa untuk gumbira!!!
|
|
|
|
|